'Katakan Tidak kepada Plastik' telah membawa perubahan kepada ahli keluarga saya. Kami telah cuba mengurangkan penggunaan barang berasaskan plastik dalam kehidupan seharian.
Saya sangat bangga kerana dapat bersama berusaha untuk mengurangkan penggunaan plastik ini. Selama sebulan saya telah mengaudit penggunaan plastik yang terlibat. Saya dapati perubahan ketara telah berlaku. Mereka telah berjaya mengurangkan 50 peratus plastik selepas sebulan. Semoga amalan selama sebulan ini akan diteruskan sampai bila-bila.
Jadi marilah rakan-rakan semua berubah dari sekarang. Perubahan yang kecil tetapi memberi impak yang besar.
Ingat!!! Penggunaan plastik pakai buang yang berleluasa akan menjejaskan kesihatan dan alam sekitar.
Nur Diyanah Izzati binti Mohd Rashdan
No comments:
Post a Comment